Sian apek tua tu... terlentang tengah jalan. Darah berlumuran di bahagian kaki. Mereka yang prihatin meletakkan kerusi di kiri dan kanan apek untuk memastikan apek berada dalam keadaan selamat. Sedih jer muka apek tu. Ialah... mana tak sedih.. udah ler kena langgar, pastu.. yang melanggarnya terus cabut lari. Dah buat salah... buat salah lagi.. takda sifat kemanusiaan langsung!
sekadar gambar hiasan: google
Kes langgar lari memang banyak terjadi. Betapa manusia tidak mahu bertanggungjawab dengan kesalahan yang telah mereka lakukan. Tak tahulah macamana jenis hati perut manusia begini. Tiada rasa perasaan bersalah kah dalam diri tu? Boleh ke hidup dengan perasaan yang bagai takda apa-apa? Tak kena batang hidung sendiri... bolehlah... tapi jangan lupa... dunia ni bulat dan tidak mustahil ia kembali pada diri sendiri.
Pernah dengar kes langgar lari yang lebih tragis. Sebuah lori melanggar penunggang motosikal. Mula-mula pemandu lori berkenaan berhenti melihat keadaan penunggang motosikal tersebut. Bila dilihatnya penunggang motosikal berada dalam keadaan kaku... terus dia hidupkan enjin lori semula dan melarikan diri. Perbuatannya melarikan diri menyebabkan dia melanggar lagi sekali penunggang motosikal yang berada di hadapan lorinya dan hancur badan penunggang motosikal tu.
Nauzubillah~
Penunggang motosikal yang tidak tahu samaada masih hidup atau mati pada awalnya akhirnya menemui ajal akibat sikap manusia yang tidak mahu bertanggungjawab! Penunggang motosikal tersebut adalah rakan setaman saya waktu membesar dahulu. Mujur orang ramai yang berada di tempat kejadian sanggup tampil menjadi saksi dan kini.. pemandu tersebut sedang dibicarakan. Semoga dia mendapat hukuman yang setimpal.
Apa pandangan anda tentang kes langgar lari? Pernahkah anda mengalami situasi begini atau menjadi mereka yang bersikap lepas tangan dalam situasi seperti di atas? Mudah-mudahan... di jauhkan~