sekadar gambar hiasan : google
Bila seorang isteri menempelak suaminya yang mempertikaikan wang pemberian anaknya kerana suami meragui kerjaya anaknya.
Isteri pula mempertahankan pendapatnya.
Kata isteri... yang penting.. niat anak mereka mengirimkan wang tersebut adalah untuk kesejahteraan mereka berdua. Sikit sebanyak... turut membantu mereka menunaikan keinginan mereka menunaikan haji.
Apa pendapat kamu? Layakkah kita untuk menilai?
Pernah kamu terdengar tentang seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya dengan wang jual tubuh? Bagaimana anaknya membesar menjadi anak soleh yang seterusnya menyelamatkan ibu tadi dari terus hidup bergelumang dosa?
Jangan salah anggap. Saya bukan ingin memesong akidah sesama kita. Sesuatu yang jelas itu tetap jelas cuma ketentuan yang Allah aturkan seperti petunjuk, hidayah dan dugaan... rahsia Allah yang Maha Besar.
Layakkah kita untuk mencemuh?