Aktiviti hari sabtu di bulan syawal. Memenuhi undangan 'Rumah Terbuka'. Dengan pasrah aktiviti berblogging saya lupakan buat seketika. Berblogging.... jangan sampai tak kenal dunia luar. Jangan sampai memencilkan diri. Jangan sampai jadi 'kera sumbang'. Kera??? Arghhhh... tak kuasa...
Satu perkara yang ingin dielakkan bila mengunjungi rumah terbuka... KENYANG GILER. Kononnya nak makan ala kadar. Ala kadar apa ke benda kalau tengok yang tu.. nak rasa... tengok yang ni.. nak rasa. Pendek kata... semua nak rasa. Hasilnya... perut penuh sampai takda ruang nak bernafas. SENAK!
Kena-kena pula mak saya berpesan... "Kalau dah berbadan dua tuuu... apa sahaja makanan yang nampak... makan. Tak kira teringin ke idak. Nanti... kalau teringat-ingat... JENUH! Kena-kena pula yang jenis jumpa di rumah terbuka jer. Takkan nak menyusahkan tuan rumah buat lagi sekali. Siapa nak layan? Rasa jer walau sedikit..."
Oleh kerana saya anak yang mendengar kata... (bila bab makanlah...) maka kata emak pun dipatuhi. Erkkk... ALHAMDULILLAH. Agaknya... opahnya tak sanggup melihat air liur cucu dia meleleh jer bila lahir nanti. Macam cucu dia yang sulung dulu. Sayang seorang opah pada cucu... melebihi sayangnya pada anaknya. Tak gitu?
Kepada rakan-rakan maya yang bertandang... terima kasih yer. Malam sat gi saya teruskan operasi blogwalking.
saya cari benda ni kat rumah terbuka... ada siapa yang jumpa?
gambar: google