Apa kebaikan yang diperolehi?
Sekadar menutup malu yang ditanggung?
Bagaimana dengan dosa yang bakal ditanggung seumur hidup?
Apalagi melibat penyambungan generasi yang seterusnya.
Maka... bertambahlah kepincangan yang wujud dan dosa bagaikan diwarisi... turun temurun.
Bagaimana mereka boleh menghalalkan yang haram? Menghalalkan anak yang tak sah taraf dengan alasan mereka telah berkahwin? Anak di bin dengan nama ayahnya sedangkan ia wujud sebelum ikatan perkahwinan antara ibubapanya. Nauzubillah...
sekadar gambar hiasan : www.lembagahukum.com/
Kes yang kadangkala kita rasa terpencil tapi natijahnya sungguh mendalam. Bayangkanlah generasi yang bakal wujud dari hasil anak yang dihalalkan ini? Walinya? Tarafnya? Adakah sah perkara-perkara wajib yang seterusnya? Berlangsunglah kepincangan dalam masyarakat. Anak yang putih bersih tadi tidak bersalah tapi turut menanggung apa yang mereka tidak ketahui dari akar umbi. Generasi bagaimanakah yang bakal wujud memimpin dunia?
Saksi kepada kes sebegini. Setakat ini hanya mampu berdiam setelah teguran yang diberi tidak diendahkan. Datuknya, opahnya, ibunya, bapanya dan diri secara tidak langsung terlibat. Tujuan... menutup malu. Bagai mendukung biawak hidup! Antara kes yang dipaparkan... di luar sana... mungkin lebih tapi tidak diketahui. Bagaimana menanganinya?