Mengikut kajian... lelaki yang terjebak dalam cinta tiga segi.. kebanyakannya tidak memasang niat ke arah tersebut. Ini bermakna... dengan ayat lain... cinta datang tanpa diundang.
Terjebak. Bila perkataan disertai dengan imbuhan 'ter'..sekali lagi ia menunjukkan satu perbuatan yang tidak disengajakan. Benarkah tidak disengajakan atau ianya sekadar alasan?
Buat yang memegang title 'suami'... kalau dah tahu bergelar suami orang.. kenapa perlu mendekati anak dara atau mereka yang berlainan jantina. Bersahabat? Perlu tahu adab dan batasan. Perlukah ianya melebihi apa yang dicurahkan kepada isteri dan keluarga sendiri? Perhatian... masa... wang ringgit? Kalau gian nak bersms... kenapa bukan dengan isteri tercinta? Kalau banyak masa terluang... kenapa tidak luangkan untuk bermesra-mesraan dengan isteri dan anak-anak dan kalau terlebih wang ringgit... kenapa tidak dilaburkan untuk masa depan keluarga. Kenapa perlu pilih orang luar?
Adakah orang luar ini punca segalanya? Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Terus terang... orang perempuan yang single memang sukakan lelaki yang prihatin. Apalagi... dalam masa yang sama... dia tidak mengabaikan keluarga dan turut meluang masa untuk bersama dirinya. Lelaki seperti itu memang menjadi buruan. Mereka dikatakan lelaki yang bertanggungjawab. Atas alasan ini... perempuan-perempuan di luar sana sanggup mengenepikan perasaan kaum sejenisnya kerana dia merasakan lelaki seperti ini boleh bersikap adil. Namun... apa yang dilupai.. keadilan itu takkan berjaya jika banyak halangan dari pelbagai pihak.
sekadar gambar hiasan: google
Bila terjebak... ramai yang pejam mata dan redah ajer... kenapa tak cuba menghindar agar terhindar?