TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, September 29, 2010

Saya dah google - Jawapan kepada Menghalalkan yang haram - Bila anak tidak sah taraf tidak lagi di bin/ binti Abdullah

Bila mengetengahkan isu sebegini... bukanlah niat dihati untuk membuka keaiban sesiapa. Apa yang hak tetap hak dan ianya peringatan kepada diri sendiri untuk tidak bertindak zalim. Kes yang terpencil (kerana disembunyikan) dikhuatiri menjadi barah yang membusuk dari dalam. Mungkin ada yang terlibat mengetahui kebenarannya tetapi menidakkan... atau... tak mustahil juga mereka terdiri daripada yang cetek pengetahuan... atau.. tidak mendapat pendedahan yang betul... sewajarnya..


Tidak hanya bertindak sebagai pengutara isu... saya cuba mengoogle jawapan kepada permasalahan yang diutarakan. Seperti intro dalam jawapan kepada kemusykilan yang dijawab oleh Ustaz Zaharuddin dalam print screen di atas... menunjukkan perkara sebegini sememangnya berlaku. 

Bagi memberi penerangan yang lebih lanjut... biarlah laman mereka yang arif merungkai segalanya.





Saya cuma terfikir... bila kita mengetahui keadaan sebenar... apa langkah yang harus diambil bila melihat anak yang tak sah taraf itu dinikahkan oleh seseorang yang kononnya walinya sedangkan mereka patut berwalikan hakim...

Semoga keturunan kita terpelihara hendaknya~