TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, August 16, 2010

Suami tidak solat - Berikan pendapat anda dalam menangani masalah yang dihadapi oleh seorang isteri yang menyayangi suaminya

Masalah: 
Suami saya seorang yang baik di mata saya. Tiada cacat cela. Setakat ini tidak pernah curang apalagi menyakiti hati saya. Semua keperluan saya dipenuhi. Saya dilayan seperti seorang puteri. Dia tak pernah merungut dalam melayan karenah saya. Sememangnya suami sangat penyabar orangnya.

Masalahnya... suami saya tidak kuat beribadah. Jarang sekali dia menunaikan solat apalagi mengajak keluarga untuk solat berjemaah. Dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak, saya yang banyak memainkan peranan sehingga kadangkala saya rasa tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut. Saya ada menegur suami tapi hanya menegur gitu-gitu sahaja kerana bimbang jika terlalu mendesak... keegoannya akan tercabar.

Anak-anak semakin membesar. Saya khuatir sikap suami akan menjadi contoh kepada anak-anak. Ustaz menyatakan... pasangan yang begini bukan pasangan yang baik dalam erti kata sebenar. Benarkah? Bantu saya atasi masalah ini. Jiwa saya kosong dan kadangkala saya merasakan ujian yang melanda adalah balasan atas sikap suami yang mengabaikan perkara yang wajib dalam hidupnya.

 celaru
sekadar gambar hiasan: google

Isteri yang menyayangi suaminya~