TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, August 15, 2010

Remaja dakwa dipukul polis sebelum disaman - Buat salah tapi...

ALOR SETAR : Seorang remaja lelaki mendakwa patah pergelangan tangan kanan dan jari kelingking selepas dibelasah empat anggota polis, sebelum disaman atas kesalahan lalu lintas, di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah dekat sini, lewat malam Rabu lalu. Mohd Asri Ismail, 18, berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu, dia sedang mengisi minyak sebelum dihampiri empat lelaki berkenaan yang tiba-tiba bertindak memukul kepalanya.

"Saya tidak sempat bertanya kesalahan yang saya lakukan kerana mereka terus memukul saya di kepala menggunakan topi keledar. Saya cuba mengelak dengan menahan tangan kanan di kepala supaya kepala tidak cedera.
"Saya langsung tidak menyedari dari mana mereka mengekori saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata selepas dibelasah, barulah tiga saman dikeluarkan kepadanya kerana melanggar lampu merah, tiada lesen memandu dan peralatan motosikal yang ditunggangnya tidak lengkap. - BERNAMA 
sumber: SINI

Tiga kesalahan tu... takkan tak tahu apa kesalahan diri sendiri? Tindakan polis? Apa-apa pun kita tunggu berita selanjutnya esok.

Kuman di seberang lautan juga yang orang nampak...