TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, August 15, 2010

Jawapan kepada pertikaian kod E - Bab 2 (10 Senarai Nombor E penambah makanan yang diragui)


Mengetahui kandungan yang sebenar dalam kod E adalah perlu supaya kita umat Islam tidak diperlekehkan atau diperlecehkan sebagai individu yang tidak mempunyai ilmu. Kita tidak patut menerima bulat-bulat maklumat yang diterima sebaliknya cuba mencari penjelasan di sebaliknya. Pertikaian mengenai kod E yang diheboh-hebohkan seolah-olah hanya ingin menunjukkan kekurangan ilmu umat Islam itu sendiri sedangkan apa yang kita perlu ketahui terdapat beberapa status yang boleh menjadikan barangan yang mempunyai kod E jatuh kepada halal, masbuh atau haram.

Berikit adalah 10 senarai Nombor E penambah makanan yang diragui yang diperolehi daripada hasil bacaan. Dapatkan 10 senarai yang seterusnya dalam entri yang akan datang. 

pewarna merah juga boleh terhasil daripada serangga
sekadar gambar hiasan : google




Nombor E
Nama Umum
Deskripsi (dan di mana digunakan)
Status
E100Curcumin/ KunyitPewarna (perisa makanan)
  • Halal jika serbuk atau ketulan kunyit yang dikisar
  • Masbuh jika digunakan sebagai cecair (pelarut itu perlu halal)
  • Haram jika ramuan tersembunyi adalah pengemulsi berasaskan lemak babi dalam adunan kering)
E101Riboflavin (Vitamin B2)Vitamin (susu rumusan bayi)
  • Haram jika diperolehi daripada hati dan buah pinggang babi
  • Halal jika 100% sumber tumbuhan
E102TartrazinePewarna (minuman berperisa oren dan makanan berwarna kuning)
  • Halal jika digunakan sebagai 100% pewarna kering
  • Masbuh jika digunakan sebagai cecair (pelarut itu perlu halal)
E120Cochineal/ Asid KarminikPewarna (sirap ros dan makanan berwarna merah)
  • Halal jika diperolehi daripada bahan kimia
  • Haram jika diperolehi daripada serangga
E122Carmoisine/ Azorubine Pewarna (sirap ros dan makanan berwarna merah)
  • Halal jika digunakan sebagai 100% pewarna kering
  • Masbuh jika digunakan sebagai cecair (pelarut itu perlu halal)
E123 AmaranthPewarna (sirap ros dan makanan berwarna merah)
  • Halal jika digunakan sebagai 100% pewarna kering
  • Masbuh jika digunakan sebagai cecair (pelarut itu perlu halal)
E124Ponceau 4R/ Cochineal Red APewarna (sirap ros dan makanan berwarna merah)
  • Halal jika digunakan sebagai 100% pewarna kering
  • Masbuh jika digunakan sebagai cecair (pelarut itu perlu halal)
E127Erythrosine

BS
Pewarna (ceri merah)
  • Halal jika digunakan sebagai 100% pewarna kering
  • Masbuh jika digunakan sebagai cecair (pelarut itu perlu halal)
E131Patent

Blue V
Pewarna (makanan berwarna biru)
  • Halal jika digunakan sebagai 100% pewarna kering
  • Masbuh jika digunakan sebagai cecair (pelarut itu perlu halal)
E132Indigo/ Carmine IndigotinePewarna (makanan berwarna ungu)
  • Halal jika digunakan sebagai 100% pewarna sintetik
  • Haram jika gliserin babi ditambah sebagai bahan pelarut