TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, August 15, 2010

Jawapan kepada pertikaian kod E - Bab 1

E bermaksud Kesatuan Eropah dan nombor E merujuk kepada pelbagai jenis penambah makanan. Jika penambah makanan mempunyai kod E, ini bermakna penggunaanya diluluskan di seluruh negara EC. Kini, kod E telah digunakan di serata dunia termasuk Malaysia. Kedudukan penambah makanan telah ditentukan mengikut susunan nombor E seperti berikut:

 sumber gambar: belantarajiwa.blogspot.com/

E100 - 199 : pewarna
E200 - 299: pengawet
E300 - 399: pengoksidaan, fosfat dan antipengoksida
E400 - 499: pemekat, pelembap, pencegah ketulan dan pemantap
E500 - 599: garam dan adunan perisa lain
E600 - 699: penambah perisa
E900 - 999: pengilat, pemanis, sebatian untuk tepung
E1000 - 1399: pelbagai bahan penambah makanan
E1400 - 1499: kanji tiruan

Ketahui penerangan lanjut mengenai kod E yang membawa kepada status halal, masbuh atau haram dalam entri yang akan datang.

sumber: bacaan