TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, August 1, 2010

Kemain lagi bebudak sekolah sekarang - Siap order pizza lagi

Salah ke kami nak makan pizza makcik? 

Tak salahhh...

Habis tu apa yang kemain yer?

Siap order dari asrama tuuu..

Salah ke kalau kami order?

Tak salahhh..

Habis tuuu?

sekadar gambar hiasan
sumber gambar: google

Dialog rekaan sendiri. Sambil bersantai-santai bersama keluarga petang tadi.. terpandang le dua orang pelajar asrama yang tengah mengambil pesanan pizza yang telah dipesannya melalui penghantaran. Mewah kan pelajar sekarang? Kalau dulu.... jangan haraplah. Zaman saya... stok roti mesti ada dalam locker. Biskut kapalterbang tu kira mewah ler berbanding dengan rakan yang takde. Mak selalu bekalkan stok supaya anak dia yang kuat mengunyap ni tak kelaparan. Kawan-kawan sebilik tumpang sekaki. Aroma maggi sering terhidu di hari minggu.

Pelajar sekarang siap order pizza lagi. Tak salahhhhh. Sesekali nak tukar selera. Mana tau... kot dia dah lama ikat perut supaya dapat makan pizza di hujung minggu. Atau mungkin anak orang berada. Ehhh.. orang kebanyakan tak leh makan pizza ke?

soksek: Ada mata lain yang memandang dan hidung lain yang menghidu. Tak semua mampu...