Dia pernah popular. Popularnya sekelip mata tanpa diduga. Pernah terima Anugerah Bintang Popular. Bukan orang kampung saya. Bertakhta di hati peminat buat seketika. Walaupun populariti semakin tenggelam tetapi kelihatan ada usaha-usaha yang cuba menaikkan namnya kembali. Dengan gossip liar yang semakin menjadi-jadi. Tak pernah kenal secara peribadi dengan dia. Tak menjadi peminat fanatik padanya juga. Apalagi iri hati dengan kejayaannya yang pernah dia miliki.
sekadar gambar hiasan
sumber: helloskyblu.blogspot.com
Katanya... dia tak kisah popularitinya semakin merundum. Dia berkecimpung dulu bukan niat untuk menjadi penyanyi. Ada cita-cita yang lain. Dia tak minta semua yang dikecapi dulu... apalagi meminta untuk disayangi. Ermmm.. kelihatan terlebih egois di situ. Bila orang sayang.. sepatutnya berterima kasih. Bukan senang untuk orang sayang pada kita berbanding mencari mereka yang membenci. Adakah kamu tidak bersyukur? Saya tidak pernah mengenal peribadinya secara berdepan tapi... apa yang saya lihat dia sememangnya ego.
Kita hidup dalam kelompok masyarakat. Ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Walau kadangkala kita perlu mengutamakan diri sendiri. Memijak orang lain atau tidak peduli dengan orang yang prihatin terhadap kita bukanlah caranya. Doa orang lain kadangkala menjadi penentu hidup kita. Apa lagi kalau dipenuhi dengan makian. Hidup takkan memperoleh keberkatan.
soksrk: melihat dunia artis supaya pengajaran diambil bersama. Bukan sensasi yang dikejarkan