TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, August 12, 2010

Kelentong di bulan puasa - Hampir terkantoi di situ...

Mood saya ceria hari ini. Bila murid memuji... hati berbunga gembira. Insyaallah... cikgu sentiasa cuba  lakukan yang terbaik untuk kalian. Punya bersemangat nak mengajar. Tidak terkenang keletihan yang melanda di hari pertama berpuasa.

Mengusik anak murid hari ini. 

"Sape2 yang tak puasa patut malu pada baby dalam perut cikgu... dia pun puasa..." ujar saya.

 syukur kali ini masalah pedih hati tidak teruk seperti selalu..
sekadar gambar hiasan: izz.lelabu.com

Dengan murid tahun 3... tersipu-sipu mereka menahan malu. Ramai juga yang berpuasa. Yang perempuan masih kelihatan bertenaga berbanding dengan lelaki. Ayat yang sama digunakan untuk murid tahun 4... kelas projek.

"Jadi... baby cikgu makan sahur apa yang cikgu makan lah yer?" tanya seorang murid lelaki.

Saya tidak mahu memberi info yang salah. Dengan jujur saya menjawab,"Taklah... baby cuma ambil zat makanan yang ada dalam tubuh badan cikgu..."

"Jadi... baby dalam perut cikgu tak puasalah cikgu... bila-bila pun dia boleh ambil zat dari badan cikgu", ujar seorang murid.

"Ehhhh... mana kita tau kan... kot-kot dia juga berpuasa..." saya membela diri.

Ambik ko. Kalau dengan murid bijak... jangan cuba kelentong tak bertempat. Tetap tak mahu mengalah. Dalam hampir terkantoi... tetap cuba mencari jawapan yang terbaik. Niat di hati... supaya menjadi semangat untuk mereka terus berpuasa.  Proses Pengajaran dan pembelajaran diteruskan seperti biasa.

Suasana di sekolah hari ini... lebih aman daripada biasa. Mungkin ramai anak murid yang keletihan pada hari pertama puasa. Semuanya dalam proses membiasakan diri...