TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, August 11, 2010

Bukan makcik sahur atau pakcik sahur - Arghhhh!!!

Alah pada bau minyak panas dan bahan mentah seperti ikan memaksa saya membuat keputusan untuk membeli sahaja juadah untuk bersahur. Nak buat camna... bukan ngada-ngada. Kang elok-elok bertenaga... tak pasal jer lembik badan akibat muntah dan loya.

ragam anak-anak waktu bersahur... jenuh juga nak membiasakan diri anak-anak ni...
gambar: ciknurinhumairah.blogspot.com

Anak: Ibu nak pergi mana?

Saya: Nak pergi beli makanan untuk kita bersahur nanti.

Anak: Sahur nak makan kat rumah kita ke ibu?

Saya: Sahur tu... bukan orang... sahur tu... waktu makan pagi.. untuk kita yang berpuasa.

Anak: Kenapa nak sahur ibu?

Saya: Supaya ada tenagalah... nanti puasa... tak boleh makan... takdelah lapar sangat.

Anak: Bila sahur tu nak datang ibu?

Sahur: Arghhhh!!!

Ragam anak-anak. Walau memeningkan tapi menghiburkan hati. Soalan diajukan oleh Adik. Along berpuasa hari ini. Dok bodek ibu supaya dapat minum.

"Sabarnya Along... Along bayangkan ganjaran di syurga... untuk orang yang berpuasa", saya memujuk.

Tahun lepas... Along puasa 6 hari penuh. Yang lain... sekerat-sekerat jer. Harapnya tahun ini lebih baik. Adik... puasa hanya tak makan... minum boleh...