Pernah beli telur?
Mustahil lah kan tak pernah beli telur seumur hidup.
Selalunya telur yang dibeli secara banyak disusun di atas sebuah bekas.
Kita panggil sepapan atau nama glamernya karton telur.
Selain menjadi tempat lipas bertelur (jika disimpan tanpa penyelenggaraan yang betul), karton telur boleh diubahsuai menjadi benda yang unik.
Mari kita lihat...
Jadi bekas tapak semaian. Untuk Chekgu N@m@n yang tinggal kat rumah pangsa tuuu... sesuai beno ler...
Jadi alat permainan. Bagus idea ni. Selain menjimatkan kos untuk beli mainan buat anak-anak tercinta... ibubapa boleh menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti beriadah bersama anak-anak.
Bunga. Unik kan? Kena-kena nak raya ni. Tak payah beli bunga plastik kat pasaran tu untuk menyerikan rumah. Pasti hasilan bunga dari karton telur menarik perhatian tetamu.
Lukisan. Kalau bingkaikan ni... pasti cantik. Apa lagi dihiaskan di ruang tamu. Mana ada jual? Silap-silap... ada yang sanggup menawarkan harga yang mahal untuk memilikinya.
Asyik-asyik lampu lip-lap2 yang biasa tu jer kan. Apa kata guna idea ni untuk sedikit kelainan. Meriah gituuu.
Sama macam potret tadi. Nilai seni yang tiada ungkapannya.
Haaa... tak payah habis duit nak beli lampu kristal tu. yang ni lebih jimat. lain daripada lain.
Tak pasti pula apa benda ni. Yang pasti... cantik untuk dilihat tapi bukan untuk di duduk.
Dan yang paling akhir
V
V
V
V
V
Guna karton telur untuk ajar konsep darab (sifir) kepada anak-anak. Pasti ianya membantu anak-anak untuk lebih menguasai sifir.
Rujuk cara di SINI
sumber gambar: yahoo