TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, February 4, 2010

MULTIPLY - KARTON TELUR AJAR DARAB

Siapa sangka karton telur yang dibeli boleh dijadikan bahan bantu mengajar (BBM)! Daripada ianya dibuang begitu sahaja selepas penggunaannya, apa kata kita menggunakan semula untuk memperkenalkan konsep darab kepada anak2 kita. Tentunya ia menjadi satu aktiviti yang menarik disamping dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak2...

Bahan2 yang diperlukan:
  1. Karton telur
  2. Guli, klip, batu, bebola (apa saja objek yang bersesuaian)
Bagaimana memulakannya? 
Minta anak2 memasukkan bilangan bebola ke dalam setiap ruang dalam karton telur. (bilangan bebola yang di masukkan hendak tetap untuk setiap ruang)
Contoh:
  gambar ehsan google
Setiap kali bebola dimasukkan, anda minta anak2 memberikan jumlah bebola yang di masukkan dalam satu ruang, berapa ruang yang telah dimasukkan bebola dan jumlah semua bebola itu. Ketika ini lah anda memperkenalkan konsep darab.
Contoh:
4 (bilangan bebola dalam satu ruang)
3 (bilangan ruang yang dimasukkan dalam bebola)
12 ( jumlah semua bebola)
 Anda mula memperkenalkan ayat matematik kepada anak.
Contoh:  
4 x 3 = 12
(Anda terangkan symbol kali/ darab digunakan kerana bilangan bebola yang sama di masukkan berkali2 ke dalam ruang karton telur)
Uji kefahaman anak anda dengan memasukkan bilangan bebola ke dalam ruang karton telur yang seterusnya.
Contoh:
gambar ehsan google
Minta anak anda untuk memberikan ayat matematik.
Contoh:
Jawapan 4 x 4 = 16
Teruskan aktiviti hingga 4 x 9
Akhirnya anak anda sudah mula mengenali sifir 4.
Pengajaran ini adalah contoh sahaja. Anda boleh memulakan aktiviti dari sifir 2 dan lanjutkan sehingga sifir 9. Anak anda boleh menggunakan BBM ini dalam membantu mendapatkan jawapan bagi setiap latihan yang diberi oleh guru atau ibubapa.

SELAMAT MAJU JAYA.