TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, August 30, 2010

Jiran main mercun - Nak letupkan dia sama boleh takkk?!!!

Tajuk ganazzz. Mahu tak ganazzz ko bila hati dah panas. Kalau bebudak boleh ler nak tegur dan bebel-bebelkan. Ni bapak budak yang lebih-lebih. Pastukan... dah pukul sepuluh tuuu. Tak fikir ke orang ada anak kecik ke? Orang dah nak masuk tidur ke? Ni tidak... kira nak lepas gian dia jer. Ni bukan spesis kecik-kecik tak puas main. Ni spesis tak makan saman. Nak kata tak tahu baik buruk... umur dah lanjut. Harap badan jer beso... akal kosong.

Mana tak angin tau. Yang jadi mangsa pintu rumah kita.  Kenapa tak tala kat rumah sendiri? Main mercun roket tuuu.... melayang dan meletup kena pintu rumah. Habis berlubang ko. Lepas tu buat dek jer. Bukan nak datang minta maaf ker? Nak bertanggungjawab ke? Paling-paling kurang kena gantilah kan? Pintu nipis ni... paling-paling koman ratus-ratus juga. Takkan nak tengok jer pintu ni berlubang?

Dah slow talk dengan isteri dia. Kira baik lagilah tu... cakap elok-elok lagi. Yang isteri pun blurrr ajer. Yelah... nak kata apa kan? Suami punya angkara. Nak bising kat suami takut kena leter balik walaupun nyata-nyata salah suami dia. Tahan jelah telinga dia kita ni membebel. Tak pasal-pasal isteri pula yang nak kena tanggung nadah telinga jadi mangsa bebelan.

Memang geram dengan orang yang main mercun ni. Yang selalu jadi mangsa... orang lain. Kenapa sibuk letupkan kat rumah orang. Kalau nak main sangat... letupkan dalam rumah sendiri. Puas hati jugalah kan? Paling risau kalau kita takde kat rumah. Kadang-kadang tingkap rumah ni tak tutup. Kalaulah masuk ke rumah... kena langsir ke? Mahu terbakar tuuu. Tak ke haru?

Tak fahamlah orang ni. Sana sini dah ada berita tentang bahaya mercun. Mana ada yang baiknya? Yang buruk juga yang dia nak buat. Nak balas bukan tak boleh balas tapi... kita takmaulah jadi perangai macam dia sama kan? Nampak gayanya... sampai sudahlah... Takdenyer dia nak ganti pintu rumah ni. Ehhhh... buat laporan polis boleh tak? Idak pun saman ajer.

idak pun tampal jer tanda ni kat dahi dia... okey tak?
gamabar: midiemerapoh.blogspot.com/