Saya terpanggil menulis entri ini bila melihat rakan-rakan mahupun orang-orang yang hampir dengan saya lebih ghairah memilih susu tepung yang berjenama mahal untuk anak-anak mereka terutama yang baru lahir. Mungkin dalam pemikiran mereka, susu tepung yang lebih mahal menjanjikan lebih khasiat kepada anak mereka. Satu perkara penting yang mereka abaikan ialah mereka tidak melihat samaada susu tepung yang mahal ini benar-benar halal dalam erti kata sebenarnya.
Tak perlulah saya menyenaraikan susu tepung yang disyaki tidak halal. Kamu boleh merujuk buku panduan pengguna Islam Pulau Pinang. Mungkin ada yang mempertikai tentang kesahihannya kerana saya ada terdengar dakwaan yang menyatakan jika benar-benar jenama-jenama yang disenaraikan itu haram... kenapa tiada pihak yang berani bertindak menyaman mereka? Kalau kamu tidak percaya isi kandungan buku ini sekalipun tidak salah rasanya kamu berwaspada dengan memegang halal jakim yang diiktiraf. Jangan tidak tahu... kebanyakan kod bar susu tepung yang saya semak dengan menghantar sms kepada pihak Jakim... tak sampai lima jenis yang benar-benar mempunyai sijil halal yang sah. Bermakna... susu tepung yang lain... hanya menggunakan logo halal pada tin masing-masing tanpa tersenarai dalam pemeriksaan Jakim.
Jika kamu benar-benar menghargai kehadiran anak-anak kamu... jadilah ibubapa yang lebih prihatin. Kesian anak-anak yang asalnya sekeping kain putih telah mula dicemari dengan susu yang meragukan dalam pembesarannya. Kamu boleh taip HALAL JAKIM diikuti kod bar sesuatu jenama susu tepung itu atau sebarang barangan lain dan hantar kepada 32728. Paling tidak... apa kata kamu bertukar kepada susu tepung keluaran syarikat muslim yang tidak kurang khasiatnya dan mudah juga untuk didapati.
susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak anda tetapi cabarannya tidaklah semudah yang disangka