TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, July 5, 2010

Masak.... kau ku kerjakan...

Kalau tak masak, selamatlah kau. Masak jer... habis ku kerjakan. Inilah orang kata... berbudi pada tanah pasti ada hasilnya...


Ini haaa... buah pelam niii. Inilah hasil kedua pokok pelam kat rumah saya. Yang saya pernah cerita dalam entri Bila buah telah kau rasa nikmat. Pokok pelam yang ditanam di tanah yang lebih besar kangkangnya si kera. Entah pelam jenis apa tah. Dengar kata pelam harum manis. Memang sangat harum dan manis. Tahun ni... rezeki lebih. Banyak pula pokok ini menghasilkan buah. Sayangnya tak terbela. Takde mood. Dalam macam tu... dapat juga merasa hasilnya.

Masa mula-mula beli anak pokok ni.. saya cakap kat tauke Cina depan rumah mak saya tu.. nak pokok pelam yang senang hidup. Maklumlah.. saya memang suka menanam tapi tahi ayam pun lagi hangat. Kalau mood rajin... kemain cantiklah tanaman saya depan rumah tu. Kena mood malas... sampai mati pucuk pokok itu dibuatnya. Duduk rumah teres... mana ada tanah. Yang kat depan dah ditambahkan simen. Ini di luar pagar rumah. Yang lain tanam dalam pasu. Pokok kari ada, limau perut purut ada, daun kunyit ada, pokok pandan ada, pokok serai dah mati sebab orang kata pokok serai tak mahu hidup dalam pasu. Alhamdulillah.. yang lain tu.. kalau nak guna untuk masak kat rumah ni... dan untuk jiran-jiran menumpang sama lepaslah juga.

Hari tu terbaca penulisan daripada seorang ustaz ni.. dia kata kalau dah bercucuk tanam... jangan jadi orang kedekut dan tak bersyukur. Maksudnya... setakat hasil tanaman dicuri oleh sang haiwan atau manusia... tak perlulah sampai bersumpah seranah. Halalkan sahaja. Banyak pahala yang kita perolehi. Setakat ni.. kalau haiwan nak makan nak kata apa kan. Kalau manusia tuuu... saya kata kat jiran-jiran ni.. kalau nak... ambik jer... saya halalkan. Cuma yang sakit hatinya... ada jenis manusia yang ambil sambil merosakkan. Macam pokok pelam ni.. tah siapalah punya angkara hari tuuu..  bertaburan buah-buah yang kecil kat atas jalan. Yang besar dah kena rembat. Nak ambil biar le elok-elok. Rasanya itu kerja budak-budak luar.

Blogger-blogger di Ipoh yang nak rasa jemputlah.. sekarang tengah tunggu trip buah yang kedua masak. Boleh hubungi saya di email yer...