Kalau makan diluar... memang makan nasi berlauk ayam. Ikan tak berapa jalan.. apa lagi jika melibatkan ikan sungai. Banyak tulang... fobia sikit dengan tulang bila teringat pengalaman tercekik. Lagipun anak-anak suka makan ayam... jadi kira pukal jer. Ambil ayam barang dua tiga ketul.. kongsi anak beranak.
Yang tak bestnyer bila tengah-tengah berselara bersantap... ternampaklah warna merah dalam ayam tuuu. Memang geram sungguh! Rasanya ramai yang diluar sana ada pengalaman sebegini. Membantutkan selera makan jer. Apa lagi perut tengah lapar gila. Apa kes? Berapa minitkah tukang masak ni masak makanan ni sampai tak masak isi bahagian dalam ayam tu? Memang ler orang kata masak main campak-campak tu sedap.. tapi kalau habis campak terus angkat... apa cerita?
Kalau ikutkan hati... nak jer sumbat balik ayam tu dalam mulut tukang masak tu. Nak ke dia makan? Confirm muntah balik. Tukang masak kan banyak pengalaman... takkan tak tahu dalam berapa minit ayam tu dah betul-betul masak? Paling tidak pun... rebuslah dulu ayam tu ke? Setakat hilang rasa manis tak kisah sangat daripada nak menjamu ayam separuh masak separuh mentah tu.
Berniaga jenis macam ni yang tak berkat nanti. Asyik kena sumpah seranah dengan orang. Ada pula... bila kita ngadu... buat dekkk ajer. Pastu... tak reti-reti nak kurang harga ke. Apa dia kisah... yang dia tahu hari-hari masyukkk. Silap hari dia jawab pulak... kalau nak elok... masak sendirilah. Memang takde kesedaran sivik langsung.
Janganlah berani-berani nak makan makanan yang separuh masak. Sana sini pun dah dengar kesan buruknya. Virus membiak dalam badan... silap-silap boleh jadi ulat dalam otak. Sanggup? Penyakit selsema burung tu pun takkan merebak jika ayam yang kita makan disembelih elok dan dimasak betul-betul jika kita tak tahu ayam itu telah dijangkiti. Islam telah mengariskan semua panduan hidup termasuk etika penyediaan makanan. Kita jer yang selalu ambil mudah. Bila penyakit menyerang sana sini... baru nak terngadah.
bila goreng ayam tu... gunalah api sederhana.. jangan guna api kuat.. luar jer garing.. dalam tak masak lagi
(sekadar gambar hiasan)
sumber google