TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, July 30, 2010

Tamparan yang tiada bekas tetapi berbisa di hati - Terima kasih anak didikku untuk pelukan itu

Tamparannya umpama angin taufan yang tiba-tiba datang menyerang. Walaupun hanya angin yang menyapa tapi berbekas di hati. Belajar untuk menerima kesalahan yang dilakukan oleh dia yang bernama anak. Hati ibu... mengetahui setakat mana kenakalan anaknya namun untuk menerimanya amat berbisa. Risiko untuk seorang guru yang menjadi ibu di sekolah yang sama. Kamu tidak mendapat layanan seperti ibubapa yang lain.

gambar google

Merasa diri sungguh kuat untuk menerima apa yang berlaku. Cuba menahan airmata dari mengalir laju. Tiada titisan yang mengalir. Cuma rasa sebak di dada. Namun... kekesalan yang cuba disembunyikan... dapat dikesan oleh anak didik yang prihatin. Cikgu jangan menangis... nanti kami menangis sama. Ketara sangatkah riak wajah ini sehingga mereka mengetahui? Mungkin hati seorang ibu tidak dapat disembunyikan lagi.

Terima kasih anak didikku. Pelukan kalian meringankan beban di dada. Cikgu terkejut dan terharu. Sehingga ada yang sanggup mencium pipi gebu ini supaya airmata ini tidak jatuh mengalir.