TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, July 30, 2010

Perempuan-perempuan di luar sana - Jangan tertipu dengan kehebatan lelaki berusia 40-an... mereka cepat PANIK

Ramai wanita mengaku yang mereka lebih tertarik dengan lelaki yang berusia 40-an kerana lelaki dalam lingkungan umur sebegini mempunyai penampilan yang menarik, penuh kematangan dan yang paling penting ekonomi yang sedia mantop. Namun begitu, mengikut kajian penyelidik dari universiti Essex, England tidak semua lelaki yang berusia dalam lingkungan umur 40-an memenuhi semua ciri-ciri tersebut. Apalagi buat mereka yang masih belum mencapai cita-cita dan impian. Hidup mereka  dipenuhi dengan kekalutan dan panik sentiasa.


Sebab itu agaknya lelaki dalam umur sebegini sering memberi alasan untuk berkahwin (untuk kali kedua) tetapi tidak takut bercinta lagi. Alasan yang paling utama adalah hidupnya sendiri pun memerlukan bantuan orang lain (isteri yang ada) dalam mencapai keselesaan yang diperolehi pada umur sebegini. Kepanikan yang wujud apabila memikirkan hidupnya kembali terumbang ambing jika mengambil risiko memperisterikan teman baru yang ada menjadikan lelaki sebegini kelihatan serius dalam hubungan tetapi sebenarnya tidak. Lainlah jika pilihannya adalah seorang wanita yang sudah mantap ekonominya. Sudah pasti keputusan diambil dengan kadar segera tanpa memikirkan hati dan perasaan insan lain.

Jadi... kepada wanita di luar sana. Jangan terpedaya. Kehidupan lelaki bermula di awal umur 40-an adalah satu ungkapan untuk mereka (lelaki) yang berjaya melengkapi diri sebaik-baiknya dan tidak boleh diguna pakai untuk mereka yang baru hendak memulakan hidup.

Rosyam Noor tidak mungkin berjaya seperti sekarang tanpa sokongan isteri dan keluarga.
sekadar gambar hiasan
(sumber gambar: google)