Kalau ada yang merasakan perkara ini tidak harus dibincangkan secara terbuka... saya meminta maaf terlebih dahulu. Daripada membiarkan perkara ini berlarutan lebih baik saya membongkarkan kepincangan dan memperbetulkan kesilapan. Kisah sulit seorang wanita. Kalau mengikut didikan abah... benda yang melibatkan datang bulan ni mesti di sorok rapat-rapat... malu. Kalau datang bulan... tak perlu nak heboh sekampung... apa lagi jika berlaku pada bulan puasa. Perlu berlagak puasa macam biasa. Jangan jadikan alasan datang bulan untuk makan depan orang sesuka hati sahaja. Apalagi kalau dilihat oleh adik-adik yang berlainan jantina. Penjelasan bagaimanapun.. mereka tidak akan faham.
Kisah tuala wanita sekarang bukanlah satu perkara yang menjadi rahsia. Bentuk, jenis dan fungsinya... ramai yang sedia maklum. Iklan berlambak-lambak di sana-sini. Yang tersirat dalam yang tersurat ditonjolkan dengan memfokuskan bahagian punggung. Kalau dulu nak beli tuala wanita kat pasaran punyalah malu. Siap bungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan dalam plastik hitam lagi. Sekarang... segala-galanya terbuka. Depan pakwe pun dah tak segan nak beli...
Zaman sekarang ni... banyak tuala wanita yang jenis pakai buang. Kalau dah dalam istilah pakai buang... janganlah jadi manusia yang lurus bendul tak bertempat. Takkanlah dalam iklan atau kat pek tu nak tulis.. 'pakai, cuci dan buang'? Faham-faham sendiri sudahlah. Hak sendiri yang kotor... kenapa perlu di pamerkan? Walaupun sesama jantina... tak ada siapa yang sanggup melihat hak kita yang kotor. Bukan susah nak bersihkan dulu dan jangan lupakan masukkan dalam bungkusan sebelum dibuang. Malu jer bila ternampak anjing mengonggong pek yang dalam keadaan tak senonoh ke sana ke mari. Kalau asyik sakit perut atau bahagian wanita... janganlah bertanya apa sebabnya jika begitu tingkahlakunya.
adakah kerana datang bulan terlalu awal menyebabkan anak gadis kini tidak tahu mengendalikan hak sendiri dengan betul?
(sekadar gambar hiasan: google)
Untuk kaum Adam yang bergelar bapa atau bakal bergelar bapa... didiklah anak gadis kamu tentang penggunaan tuala wanita dengan betul. Kalau segan... berikan ilmu pada isteri dan minta dia maklumkan. Berapa banyak kos yang pihak sekolah habiskan untuk baikpulih tandas yang tersumbat kerana kes sebegini? Berapa banyak kes rasuk yang berlaku sebab tidak tahu menjaga kepentingan diri sendiri? Dalam Islam pun... jatuh berdosa jika perkara sebegini diabaikan. Kamu... sebagai seorang bapa turut menanggung dosa jika kamu tidak menjalankan tanggungjawab kamu.
soksek: Terima kasih pada Kak Jie yang memberi saya idea untuk menulis mengenai entri ini apabila membaca entrinya yang bertajuk Pengalaman Haid Pertama