Kalau peribahasa dulu-dulu.. melarang kita untuk mencurah air dalam tempayan bila mendengar guruh di langit. Maknanya... jangan mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Guruh yang berdentum bukan 100% tanda hari akan hujan. Seperti nyanyian Ramli Sarip dan Ella 'Mendung tak beerti hujan'. Namun bukan cerita air dalam tempayan yang dicurahkan yang hendak dikisahkan... sebaliknya mencipta peribahasa kini 'Mendengar guruh di langit, jangan sesekali laptop di 'on' kan'.
Rasanya itulah peribahasa paling tepat untuk zaman masa kini. Walaupun hanya mendengar guruh di langit.. jangan sesekali 'on' kan laptop apalagi bersama talian internet. Nak cari nahasss? Walau belum tentu hujan akan turun... bahaya yang menjengah tidak dapat dijangka. Pelbagai kejadian yang sudah didengari dan kalau memang sayangkan laptop kamu... pejam mata... lena.
reaksi yang tidak ingin terjadi...
(sumber gambar: google)
soksek2: Nak bercerita sebab kenapa tak update hari ni. Ipoh hujan lebat dari petang tadi. Baru berkesempatan membalas kunjungan dan jutaan terima kasih buat kamu yang sudi bertandang.