Wahhhh... macam ganas jer bunyi tajuk. Apa ke benda lah Chlorpheniramine Maleate tu erk? Semuanya gara-gara Chlorpheniramine Maleate lah sampai blog tak berupdate hari ni. Bila tak berupdate... biasalah... traffik pun mula suam-suam kuku. Bila traffik suam-suam kuku... earnings pun mula lah beku. Hehehe... dah macam mata duitan pula. Jom kita berkenal-kenalan dengan Chlorpheniramine Maleate. Amaran keras! Di larang menggunakan nama ini untuk dijadikan nama anak anda. Pengsannn...
Awas: Ubat ini boleh menyebabkan kesan mengantuk. Jika ada kesannya, jangan memandu kenderaan atau mengendalikan mesin. Elakkan minuman keras.
Tak makan ubat pun saya sedia mengantuk inikan kalau makan ubat. Nampaknya tak dapat le minum ais batu. Ehhh... ngapa tulis elakkan minuman keras yer? Ngape tak tulis dilarang minum minuman keras? Ubat ni untuk penyakit gatal yang menjadi-jadi ni. Dah tak dapat elak dah. Mula-mula malas nak ambil. Yelah... buatnya mengantuk dalam kelas... kan dah hari-hari cikgu tidur. Keputusannya... ubat ini hanya akan di ambil selepas waktu persekolahan.
soksek: Pihak sekolah tidak menerima time chit selepas pukul 9 pagi. Macam tak sesuai jer rasanya. Kalau dah ke hospital/ klinik kerajaan... sekurang-kurangnya jam 9 lebih baru selesai urusan. Tak boleh ke lajak sampai pukul 1030 ke?