Thursday, July 8, 2010

Ketahui cara makan kismis dengan betul - Bukan main kunyah-kunyah jer

Semua orang sedia maklum yang kismis banyak khasiatnya terutama dalam menguatkan ingatan seseorang. Teringat saya masa sibuk nak ambil peperiksaan SPM dulu... mak sentiasa membekalkan saya dengan kismis yang katanya telah dibacakan dengan doa penerang hati. Kemain comel lagi botol yang mak sediakan masa tu. Dah jadi hobi lain pula bila saya suka mengunpul botol-botolnya. Kebiasaannya... jumlah kismis yang dimakan adalah dalam bilangan yang ganjil samaada 3 atau 7. Kita juga digalakkan untuk membaca bismillah dan berselawat terlebih dahulu sebelum memakan kismis tersebut.

 sumber gambar; google

Tahukah kamu...  kismis tidak boleh dimakan dengan cara yang sebarangan. Jika tidak... khasiat pada kismis tidak akan menampakkan hasilnya. Ramai di antara kita yang tidak mengetahui cara memakan kismis dengan betul. Selain melakukan amalan yang dinyatakan di atas... cara mengunyah kismis juga perlu diambil kira. Kismis hendaklah di makan sebiji demi sebiji. Apabila kismis masuk ke dalam mulut.. kamu hendaklah mengigit sedikit kismis tersebut untuk mengeluarkan isi dalamnya. Isi tersebut perlu kamu makan terlebih dahulu sedikit demi sedikit sebelum kulit luarannya. Bila isi sudah habis... barulah kamu mengunyah kulit luaran kismis tadi sehingga hancur sebelum menelannya.

Mari kita makan kismis dengan cara yang betul. Rugi rasanya jika amalan yang kita praktikkan rupa-rupanya tidak mendatangkan sebarang hasil. Sekarang ni pun... susah nak dapat kismis yang berisi dan gebu. Kecut kering jer kismis yang dijual di pasaran. Begitu juga kismis yang dijual dalam kotak-kotak yang telah siap dibacakan dengan bacaan doa. Anak-anak sekarang pun sangat susah nak makan kismis. Bagi mereka... makanan segera lebih sedap daripada kismis. Jenuhlah salut kismis tu dengan coklat... boleh jer deme makan coklat tu dan buang kismis yang ada. Haru sungguh!