TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, June 20, 2010

Terima kasihlah yer - Saya ni pemurah... saya sedekah jer hadiah tu kat awak...

Macam-macam perangai manusia bila nak hidup. Apalagi bila nak mencapai nilai kemewahan. Pelbagai cara yang dilakukan. Kadangkala... tak pernah kita terfikir pun hal sedemikian akan terjadi. Tapi... deme ingat senang ke nak menipu ni? Nak menipu pun perlu ada kepakaran tau. Kita dah memang tahu dalam hidup ni bukan senang nak senang dan bukan susah nak  susah. Menggunakan taktik yang sama dan kian berleluasa. Nak perbodohkan orang lain tapi diri sendiri yang bodoh.

email penipuan yang kian berleluasa

Takpelah awak. Saya bukan mata duitan. Saya tahu bukan senang nak cari wang untuk hidup. Saya kesian pada awak yang bertungkus lumus mencari rezeki. Saya sedekahkan jer pada awak yer. Awak ambillah semua hadiah yang telah saya menangi. Dengan cara ini... awak pun tak perlu lagi menghantar email-email sebegini pada orang lain pula. Masih adakah yang mempercayai email-email begini? kalau tidak... masakan ia semakin berleluasa?