Tak tahulah isu gula ni dah selesai ke belum. Yang pasti... masih sukar nak mendapat gula di sini. Masa isu gula kecoh awal-awal dulu... saya hanya tersenyum manis. Apa nak gaduh. Saya bukan guna gula dalam kuantiti yang banyak. Sekilo boleh tahan berbulan-bulan. Nak dijadikan cerita... gula di rumah ni habis sewaktu isu ni berada di kemuncaknya. Padan muka kau (sayalah tuuu). Mengelabah puyuh cari gula sana sini... dan hasilnya... hampa.
semut pun mesti pening dengan isu gula niii
(sumber gambar:google)
Jangan tak percaya... lima buah kedai suami terjah mencari gula tapi dia pulang dengan muka yang pahit. Gula takde. Nak jadikan cerita... pada masa itu juga saya perlu ke Johor untuk menguruskan pernikahan dan perkahwinan adik. Selamatlah untuk seketika. Dah akhirnya... dapat juga kami 2kg gula di Kota Tinggi. Itupun setelah berputus asa melihat gula tiada di tempatnya. Rupa-rupa... 'Sila dapatkan gula di kaunter pembayaran... 2 kg untuk satu keluarga'. Syukur alhamdulillah...
Yang heran tu... mak dan abah takde pun mengalami masalah untuk mendapatkan gula untuk perniagaan kedai makannyer. Pemborong tempat mak abah ambil barang sentiasa sediakan gula yang cukup untuk pelanggannya. Yang jadi mangsa... kita-kita ni yang membeli gula daripada peruncit. Harapnya... isu gula ni selesai dengan segera. Walaupun kurangkan manis dalam minuman... kalau takde gula... tak dapat pun nak tambahkan manis dalam senyuman.