Tak kisahlah... boleh ke... tak boleh ke... saya taknak jadi mangsa (mudah2an dijauhkan). Jom ramai-ramai padamkan gambar kita di facebook <--- terutama kaum hawa. Membaca artikel ini membuatkan saya tak berfikir panjang. Kalau ikutkan.. memang lebih banyak keburukan daripada kebaikan pun. Kalau padamkan... takde ruginya di situ. Walaupun ada yang kata walaupun kita dah padamkan tapi gambar masih kekal di alam maya dalam tempoh2 tertentu... untuk langkah pertama... padamkan.
Sama ada boleh discan atau tidak... tekonologi terkini dan akan datang sukar diramalkan. Terlalu banyak manusia yang sakit jiwa di bumi ni. Apa lagi dalam keadaan zaman sekarang dimana Islam sering diperkotak katikkan. Marilah sama-sama kita ambil langkah berhati-hati. Kena-kena pula yang suka ambil gambar bahagian muka jer... uishhh... kalau orang nak buat super impose... senang-senang jer jadi mangsa.
Saya dah mula langkah yang pertama. Walaupun tidak aktif dalam penggunaan facebook... sekarang pun tengah tunggu masa nak keluar dan join Millatfacebook. Walaupun begitu... hati masih was-was lagi dengan apa yang ada dalam dunia maya nie. Dengar cerita Millatfacebook pun kena siasat betul-betul siapa sebenar pengasasnya? Aduhhh... bila dah pening baik duduk diam-diam.