Assalamualaikum w.r.t buat semua sahabat blogger yang berkunjung ke blog ini. Ada tak yang tertanya-tanya mengapa saya menyepi sedangkan ada 4 entri yang di post semalam? Bukan saja saya menyepikan diri. Semua entri semalam adalah entri yang dipaparkan secara automatik mengikut waktu yang ditetapkan. Saya tiada di depan laptop semalam. Pulang ke kampung di Felda Lasah membawa anak bertemu sanak-saudara. Apa lagi perkara yang lebih menyenangkan bagi seorang ibu selain melihat kegembiraan anaknya? Biarpun letih memandu... berbaloi bila terlihat anak tersenyum gembira.
Perancangan hari ini pula ialah perancangan mendadak. Saya sekeluarga bersama mak dan abah serta adik-adik menyerbu rumah pengantin baru yang terletak di Rungkup, Perak. Mak oooiii... jauh rupanya Rungkup niii. Dah sama perjalananan nak ke Kuala Lumpur. Nasib baik bukan saya yang memandu... kalau tak jenuh juga. Pengantin baru kini menetap di kuarters yang disediakan oleh kerajaan. Dashyat kuarters kat sana. Punyalah besarrr. Macam rumah teres kembar dua. Berbaloi-baloi.
sekadar gambar hiasan
(sumber google)
Berada lama di atas jalanraya memperlihatkan pelbagai ragam pemandu. Yang paling heran walaupun sebenarnya tak heran sangat ialah sikap pemandu yang suka memecut laju. Tah apalah yang dikejarnya... yang tahu.. kejar maut adalah. Bab memotong... usah cakaplah. Betullah kata lawak kumpulan Senario dulu-dulu... double line tu.. garisan dia tak putus.. jadi kita kenalah potong supaya ia jadi garisan putus-putus. Kalau nak kejar mati pun biarlah mati bermaruah... bukannya mati dengan cara melanggar undang-undang.
Lagi satu... kalau kemalangan hanya melibatkan diri sendiri tak mengapalah juga... tapi kalau turut membabitkan nyawa orang lain yang tak bersalah lagi haru. Tambahan pula... bila bawa kenderaan di kawasan kampung. Jangka-jangkalah ada benda lain yang akan melintas seperti haiwan-haiwan peliharaan atau haiwan liar. Haiwan tu tak berakal.. main lintas jer.. bila mengelak.. atau brek mengecut... kan dah mengundang pasal.
Tak tahulah bila sikap pemandu di Malaysia ni nak berubah. Macam-macam kejadian dah berlaku tapi masing-masing tak ambil ikhtibar. Pentingkan diri sendiri dan nak tunjuk skill tak bertempat. Bila jadi kat diri sendiri.. takde guna menyesal sebab diri pun dah takda kat dunia ini. Orang kata.. kalau mati.. tanam.. kalau cedera.. bakal cacat seumur hidup... camne...? Sama-samalah kita beringat...