TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, June 17, 2010

Bila blogger buat salah - Tegurlah depan-depan supaya dia sedar... jangan hentam dari belakang

Tumpang simpati atas apa yang berlaku kepada rakan blogger yang seorang ni. Dia memang berada dalam senarai bloglist saya. Saya mengenalinya kerana dia merupakan di antara blogger terawal yang berkunjung dan mengomen di blog SEMEKAR KASIH. Semoga dia dapat melalui dugaan ini dengan tabah dengan bertindak dengan kewarasan akal fikiran.

Bila rakan blogger buat salah... tegurlah dalam ruangan komennya. Kalau kita sudah mula membina hubungan sesama blogger... sama-samalah kita menjaga kepentingan antara satu sama lain. Ramai yang takut menegur. Mungkin takut persahabatan/ perhubungan yang dibina akan rosak. Bila kejadian seperti ini berlaku... bukankah kita merasa lebih bersalah? Adakah kita layak digelar kawan jika sikap kita sedemikian?

Belum lagi bab mengecam. Sudahlah kamu tak berani menegur... kemudian kamu mengecam dia di belakang. Ini harinya... hari kita siapa tahu? Manusia tidak dapat lari dari berbuat kesilapan dan tidak bermakna kita takkan berbuat silap bila-bila. Yang patut kita lakukan... ialah memberi sokongan moral sesama kita. Apa yang saya perhatikan... bila tiada apa-apa.. hubungan punyalah mesra. Bila blogger ditimpa kesusahan.. hanya sedikit bilangan menghulur bantuan.

 (gambar: google)

Saya terlepas untuk mengikuti entrinya yang menimbulkan masalah itu. Mungkin pada masa itu saya berada di Johor. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran untuk kita semua. Semoga pihak yang teraniya sudi memaafkan dia yang khilaf buat seketika. Memaafkan itu adalah suatu perbuatan yang terpuji dan kamu akan lebih dihormati.