TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, June 9, 2010

Ada ujian PTK esok - Doakan saya

Menduduki ujian PTK esok untuk kali yang ke berapanya. Masih tak lepas-lepas. Asyik III jer. Belum rezeki lagi nak dapat IV. Doakan saya. Semoga kali ini saya berjaya. Walaupun PTK bukan penentu segala-galanya berkaitan dengan kerjaya tapi bila kita mengambil ujian.. tentulah kita mahu keputusan yang cemerlang.

Insyaallah... saya juga cuba memberi yang terbaik. Mudah-mudahan... segala apa yang dipelajari dan diketahui dapat diaplikasi dalam ujian kali ini. Ujian akan bermula jam 9 pagi untuk kertas yang pertama dan 11pagi untuk kertas yang kedua. Masalahnya.. anak kedua ni tak tahu nak tinggal pada siapa. Harap-harap pengasuhnya tak balik kampung. Along pula ikut tok dan opahnya pergi kenduri mak sedara. Semoga segalanya berjalan dengan lancar... aminnn~