Tak tahu angin apa yang merasuk. Keinginan bertemu blogger itu begitu berkobar-kobar. Hati turut berharap diri dapat bertemu dengan blogger-blogger yang lain yang berada di Johor. Namun impian hanya tinggal impian. Kengkangan masa dan masalah lain mengatasi segalanya. Kita hanya mampu merancang tapi benarlah Allah juga yang menentukan.
Kempunan nak beramah mesra dengan tuan punya blog Citarasa Rinduan. Akibatnya.. ku menanggung rindu tak tertahan. Sekurang-kurangnya kita dah calling-calling Ayu. Dapat berbicara dalam telefon sahaja. Semoga Ayu sekeluarga di dalam kesejahteraan selalu. Maaf jika saya menyusahkan Ayu sepanjang saya berada di Johor.
Bila Ayu menyatakan bahawa kami tiada rezeki untuk bertemu... sayu rasa hati saya. Nak pejam mata pun tak lena dan terkenang-kenang hasrat yang tak kesampaian. Ikut perancangan keluarga... kami akan bertolak semula ke Ipoh pada jam 7 pagi. Kalau nak ke rumah tuan punya Dapur Tanpa Sempadan tu... mengambil masa lebih kurang sejam. Takkan pagi-pagi nak tercangak depan rumah orang kot?
Kalau dah rezeki tu.. berjumpa juga. Keluarga saya memberi sokongan kuat untuk saya berjumpa dengan blogger itu. Rezeki orang mengandunglah ni... kena layan jer apa anginnyer. Kami bertolak dari Kota Tinggi jam 830 pagi dan berjumpa dengan rumah tuan punya Dapur Tanpa Sempadan hanya berpandukan alamat ringkas tapi padat yang diberikan oleh Ayu.
Akhirnya akak jumpa juga dengan Encik Mat Gebu tauuu. Rasa nak melompat-lompat jer depan pagar rumah Mat Gebu bila Mat kata ini rumah Mat Gebu. Kalau tak jumpa Mat Gebu... agaknya lebih kempunan dari nak rasa masakan dia. Yelahhh.. resepi boleh direka dan dimasak oleh orang lain tetapi Mat Gebu hanya satu jer tauuu.
Mat kata... dia buat kek ini untuk tetamu dia yang nak datang hari Jumaat tu.. dapat juga saya rasa "Death By Chocolate Cake".
Ouchhh... namanya tak melambangkan rasanya.. sehingga menjilat jari...
Ouchhh... namanya tak melambangkan rasanya.. sehingga menjilat jari...
Terima kasih Mat kerana sudi terima terjahan kami. Layan jelah perangai ibu mengandung ni Mat. Saya bukan kira.. main terjah jer.. janji hajat di hati dah tertunai. Ada rezeki kita masak gulai tempoyak lak. Buang negeri tau kalau orang Perak tak makan Tempoyak.. hehehe..