TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 1, 2010

Terkekek kekek murid itu mengekek - Ohhh... kain yang terselit itu yang lucu sangat baginyer

Terkekek-kekek budak lelaki itu mengekek. Apa yang lucu sangat bagi seorang ketua kelas tahun 4 itu. Sambil terkekek dia tersenyum malu. Matanya meliar melihat seorang anak gadis yang sedang berulang alik dari tempat duduknya ke arah saya untuk bertanyakan tentang soalan yang tidak dia fahami. Akhirnya... saya dapat menangkap apa yang melucukan baginya. Bertuah sungguh!

Tak baik tau.. gelak-gelakkan orang. Apa lagi orang laki gelakkan orang perempuan. Nak tau apa yang lucu sangat bagi murid lelaki tu? Dia ketawa apabila melihat pakaian sekolah murid perempuan tu melekat di celahan p*ngg*ng. Nasib baik budak perempuan itu kurus sahaja. Kalau gebu... tentu dia menelan air liur sama. Hahaha... cikgu bergurau jer yer.

 baju sekolah yang warna putih ni memang seksi kalau tak betul gaya... jadi hati-hatilah yer.. 
(gambar google)

Jadi... orang-orang perempuan di luar sana... hati-hati dengan pakaianmu. Apa lagi bila memakai baju kurung. Bila bangun tu.. betul-betulkan lah kedudukan kain di bahagian belakang. orang laki ni bukan boleh diharap. Otaknyer ke lain ajer. Saya menghormati orang laki yang menjaga kehormatan wanita. Teringat kenangan masa di maktab. Begitu berhemahnyer seorang guru pelatih lelaki menegur seorang guru pelatih wanita apabila terpandang pakaian guru pelatih wanita itu telah tercemar dek angkara bulan mengambang. Perlahan-lahan dia ke belakang guru perempuan tersebut untuk cover terlebih dahulu sebelum membisik memberitahu yang pakaian guru perempuan itu telah dicemari.

Walaupun malu tapi malunyer masih boleh dicover. Bukan macam sesetengah orang laki. Bila nampak.. kadangkala senyum-senyum dan sindir-sindir lagi. Nak terbocor... nak buat macamana. Ini hari dia.. nanti hari mak kita ke, kakak kita ke, adik perempuan kita ke, isteri kita ke... atau anak-anak kita. Kalau orang lelaki sentiasa memelihara wanita... insyaallah.. keturunannyer akan terpelihara juga.