TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 1, 2010

Memilih orang yang lebih menyintai kita

Dia terbaik di mata saya. Dia pelengkap hidup saya. Bukan mudah untuk memperolehi teman sepertinya. Hari ini perasaan dihargai itu muncul lagi. Sungguh rajin dia hari ini. Melakukan kerja-kerja yang bukan menjadi kegemarannya. Demi sebuah tanggungjawab dia rela. Sememangnya saya malu dengannya. Bila dibandingkan... saya lebih banyak kekurangan.

Dia suami tersayang. Lapan tahun menjalin bahtera. Telah melepasi fasa pertama. Sememangnya dia sentiasa bertolak ansur dalam setiap perkara. Dia juga suami yang ringan tulang. Syukur kepada Allah kerana memberikan suami sepertinya. Teringat semula nostalgia lama. Bila dalam pantang.. dia yang bangun malam-malam bila anak menangis mahukan susu. Bila berjalan ke mana-mana... saya tidak pernah mengeluh mendukung anak yang berat mereka melebihi kanak-kanak biasa. Barang dapur.. semua dia sediakan sehingga saya tak mengenal jenis-jenis ikan. Dia memahami yang isteri bekerjaya mempunyai tanggungjawab yang lain juga.

Semoga rumahtangga kita berkekalan hingga selamanya suamiku. Alhamdulillah... saya tak salah membuat pilihan apabila memilih orang yang lebih mencintai diri saya Sama-sama kita tunggu kehadiran seorang puteri seperti yang dirimu impikan selama ini. Insyaalllah~

"rumahtangga mana yang tak dilanda gelora dan badai... tapi selagi wujudnya perasaan cinta.. segalanya dapat diatasi bersama..."