TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, May 14, 2010

SKTD masuk TV - Meh tengok ramai-ramai nanti...

Hehehe... poyo jer nak hebohkan suatu dunia. SKTD masuk tv untuk rancangan Wanita Hari Ini sempena Hari Guru. Sayangnya... penat-penat jer cikgu-cikgu solek dan pakai cantik-cantik... alih-alih pukul 1.00 petang baru krew TV3 sampai. Kempunan cikgu-cikgu tu. Jangan marahnyer cikgu-cikgu.. ngusik niii. Alih-alih tinggallah beberapa guru yang terlibat sebagai pelakon utama dan tambahan. Pak pacak atau Mak pacak baliklah seperti biasa.


gambar teh syuhada takde... nurul syuhada jer ada.. huhuhu
 (sumber gambar: google)

Teh Syuhada datang tauuu. Boleh pula deme tersesat. Dengan perasaan berbunga ler Encik Mazlan pergi menjemput Teh Syuhada yang comel lote tu. Jangan lupa yer tengok kat tv nanti. Jam 12 tengahari hari Isnin di TV3. Boleh ler ngintai-ngintai saya di sana. Oppsss.. saya takde semalam... kan MC. Cikgu-cikgu dah pakat nak nonton satu sekolah kat Dewan Terbuka. Siapa tak teruja oiii. Tak kisahlah kalau segmennyer makan masa 4-5 minit jer. Jangan lupa tauuu.