Kesian anak-anakku. Ibu tak sekolah... mereka pun tak sekolah. Nak buat macamana. Saya terpaksa membataskan pergerakan. Jarak sekolah jauh dengan rumah. Agak sukar untuk saya menghantar dan menjemput mereka. Dah berapa pelajaran mereka ketinggalan agaknya? Di rumah pun macam tak kisah sangat tentang pelajaran mereka. Berapa lama dah mereka tak belajar pada waktu yang ditetapkan.
Malam ni ibu akan luangkan masa untuk Along dan adik. Kita ulangkaji pelajaran yer nak. Kita lihat topik mana yang cikgu akan ajar seterusnya. Minggu depan PKSR 1 akan berlangsung. Ini pengalaman pertama Along dan biarlah Along dapat melakukan yang terbaik untuk dirinya. Along memang anak yang bijak dan rajin. Bab belajar dia laju jer. Adik agak liat sikit. Adik cepat tangkap tapi takmau ambil tau dah selepas tu.
Hari ni pun saya tak blogwalking sangat. Hanya berkunjung ke blog yang saya follow, mereka yang berada dalam bloglist dan mereka-mereka yang meninggalkan jejak. Maafnya kawan-kawan... komen pun saya tak apply. Terima kasih kerana sudi singgah dan memberikan pendapat anda. Kepada Pnut dan Maya.. terima kasih untuk anugerah itu. Bila berpeluang.. akak akan buat entri mengenainya.