TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, May 5, 2010

Dulu ibunya pernah curang - Kini dia ambil alih sikap ibunya

Saya teringatkan satu kisah. Seorang anak yang menangis menceritakan perihal ibunya yang curang. Betapa hancurnya hati anak itu bila ibunya sanggup mengurungnya dalam almari semata-mata untuk 'bersama' dengan buah hati. Betapa dia tak boleh melupakan bagaimana dia melihat melalui lubang-lubang kecil yang ada pada almari, ibunya begitu rakus melayan hawa nafsu. Membesar dengan melihat perpisahan berlaku antara ibu ayahnya.

Anak itu juga sering mengadu yang ibu selalu mengabaikan kepentingan dirinya. Dia bersedih kerana tidak mempunyai sepasang baju raya sedangkan ibunya bergaya dengan 4 pasang baju sutera. Pelajarannya terencat walaupun dia berpotensi menjadi pelajar cemerlang. Mujur jiwa cekal dan mengulangi semula hingga dia berjaya ke menara gading. Malangnya... masalah yang melanda membuatkan pengajiannya terkandas di tengah jalan. Tak sanggup rasanya untuk makan maggi setengah bungkus sehari.

Walaupun diduga dengan pelbagai ujian.. rezeki anak itu memang murah apabila meningkat dewasa. Sehinggalah dia berumahtangga dan memperolehi cahayamata. Tetapi kenapa kisah ibunya tidak dijadikan pengajaran? Dia mengulangi kisah yang sama. Dia lakukan apa yang pernah ibunya lakukan kepada anaknya. Tidakkah dia merasakan kekecewaan terdahulu dirasakan oleh anaknya kini. Kini anaknya pula menangis. Menyesali sikap ibunya.

 gambar hiasan
(sumber google)

Adakah perkara ini satu episod yang bakal berulang? Adakah ia juga berkaitan dengan keturunan? Atau mungkin kekurangan didikan agama... dosa-dosa ditolak ke tepi?