TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, May 5, 2010

SAYA NAK TELEFON POLIS!

Patutkah? Wajarkah? Kadang kala ada yang fikir benda-benda remeh macam ni pun nak kecoh. Kes pelajar parking motor kat dalam rumah orang. Golongan pelajar bijak pandailah kononnya. Biasalah... bila tak berani bawa masuk motor dalam kawasan sekolah tu measti kes tak ada lesen. Polis pula selalu buat road block kat simpang depan. Jalan alternatif... parking motor kat rumah orang dan jalan kaki masuk sekolah. Lalu depan polis.. muka macam baik jer. Dalam hati tersenyum-senyum bangga sebab polis tak tahu yang dia bawa motor tak berlesen sebenarnya.

Kalau dulu.. port untuk diaorang parking ialah rumah kosong. Bukan setakat parking.. siap dihancuskan pula rumah orang tu.. Mentang-mentang ler takde orang tinggal. Deme kobek pintu dan jadi tempat melepak deme pula. Pagar pun sampai roboh dikerjakan. Kalaulah tuan rumah nak duduk kat situ... jenuhlah nak keluarkan kos baik pulih. Itu belum termasuk tandas yang telah disegarkan dengan bau semulajadi najis manusia. Ni kes tak basuh anulah ni. Huhhh..

Semalam saya tengok deme ni dah makin melampau. Rumah jiran saya yang berhampiran pula jadi mangsa. Jiran tu balik Indonesia dua bulan. Berani budak-budak ni buka pagar rumah tu.. Itulah pasal saya nak report polis. Kang... tuan dia balik, dia kata orang Malaysia ni tak boleh diharapkan. Nama siapa yang buruk? Negara kita juga.

Lagipun budak-budak ni bukan reti nak bersopan santun. Bila berkumpul macam terpekik terlolong. Bukan kira orang ada anak kecil ke? Itu belum lagi bila start motor. Di pulas sesuka hati.. dipecut gila b***. Ramai anak kecil yang main tengah jalan tu. Kalau jadi kes mulalah salah sana sini. Ibubapa yang ni salah sebab bagi anak bawa motor tak berlesen dan yang lagi satu salah sebab bagi anak main tengah jalan. Kalau nyawa jadi taruhan... masa diputarpun takkan kembali. Sebelum berlaku... biarlah saya report dulu...