Baru balik dari rumah kawan. Pernah sama-sama bertugas di sekolah yang terdahulu. Sekarang.. dia sekolah lain.. saya sekolah lain. Memasing minta tukar. Tak tahannn... huhuhu. Kalau ikut umur saya layak panggilnya makcik. Dah rakan sejawat... kita panggillah kak. Dengan anak-anak saya dia membahasakan diri dia Opah. Takde cucu lagi kawan saya ni. Dia ader seorang jer anak... anak dara. Dah tutup kilang katanya kerana pengalaman yang memedihkan terpaksa dilalui suatu ketika dulu.
Dia banyak membebel hari ni... terutama bab jaga anak. Dia baru jer dengar kes yang anak jirannya hampir dilarikan orang semasa bershopping di Sogo. Khusyuk punya pasal... tak sedar anak hilang. Bila sedar... terus laporkan kepada pihak Sogo. Pihak Sogo pula mengambil langkah yang bijak dengan menutup semua pintu masuk dan keluar. Semua orang ditahan dalam Sogo seketika. Akhirnya... anak tersebut dijumpai dalam tandas dengan rambutnya telah dibotakkan dan pakaian telah bertukar kepada pakaian kanak-kanak lelaki. Syukur alhamdulillah...
Bercerita tentang keselamatan anak-anak... pemantauan daripada ibubapa memang longgar termasuk saya sendiri yang kadangkala terleka. Saya selalu melihat kanak-kanak perempuan yang jalan berseorangan balik dari tempat pengajiannya. Walaupun itu kawasan perumahan... kebarangkalian untuk terdedah kepada bahaya amatlah besar. Tak payah kata penjahat yang memang tugas mereka menculik bebudak... saya pun dapat menculik budak-budak sebegitu kalau mahu.
Pernah juga bertembung dengan anak murid yang mahu pulang ke rumahnya berjalan kaki kerana tertinggal bas sekolah. Bila tanya dimana rumahnya.. letaknya melebihi 4km. Bertuah punya budak... senang hati jer dia balik jalan kaki. Katanya dah biasa. Dia ada kelas tambahan dan bas sekolah taknak tunggu. Bila saya hantar murid tu ke rumah... ada jer orang di rumahnya. Kenapa mendedahkan anak-anak sebegini dengan risiko? Nanti dah terantuk... baru nak terngadah..
Bila berlaku sesuatu kes.. masyarakat akan riuh rendah sana-sini.. bila dah reda.. masyarakat seakan-akan lupa dengan pengajaran yang harus diambil di sebaliknya.
Semoga adik Sharlinie berada dalam keadaan selamat dan bakal ditemui satu hari nanti..
(gambar google)