TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, May 2, 2010

Belajar matematik - Helah matematik... mendarab nombor-nombor besar dengan 5

Belajar matematik hari ini. Sifir 5 adalah sifir yang mudah untuk dikuasai. Yang menjadi masalahnya apabila hendak melakukan proses pendaraban nombor-nombor yang besar dengan 5. Apabila sesuatu proses itu menjadi lebih besar... maka kecenderungan untuk kepala semakin pening pun semakin besar juga. Mari kita ketahui cara lain dalam membantu generasi kita mendarab nombor-nombor besar ini dengan 5. Perhatikan.. ia bukan sekadar helah...

 gambar google

Contoh 1:

5 x 7936 = ?

- Apa yang anda perlu lakukan ialah membahagikan nombor besar yang didarab (7936) dengan 2

7936/2 = 3968

- Seterusnya anda perlu memastikan adakah jawapan yang diperolehi selepas dibahagi menghasilkan nombor bulat?

Dalam contoh ini 3968 adalah nombor bulat

- Akhir sekali... tambahkan angka 0 pada akhir nombor 3968.

Maka 5 x 7936 = 39680

Contoh 2:

5 x 3777 = ?

- Bahagikan 3777 dengan 2 dan hasil jawapan ialah 1888.5

- Adakah 1888.5 merupakan nombor bulat. Jawapan tidak. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengabaikan sahaja titik perpuluhan pada nombor.

Jawapan bagi 5 x 3777 ialah 18885

Pemilihan kaedah ini adalah terpulang kepada individu itu sendiri. Jika mendarab biasa lebih menyenangkan... maka teruskan. Ada individu yang tidak suka kepada nombor yang besar. Jadi kaedah ini dirasakan lebih mudah apalagi melibatkan pembahagian nombor dengan 2 dan membawa kepada pengecilan angka.

SELAMAT MAJU JAYA