TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 22, 2010

Body Shop buat offer gila2 - Juling biji mata

Dapat mesej dari Body Shop semalam. Body Shop mengadakan jualan harta runtuh hingga 70%. Promosi hingga hari Ahad iaitu esok.  Mahu tak teruja tuuu. Laju jer ajak cik abang gi jenguk Jaya Jusco. Sampai-sampai jer.. mak oiii.... orang berduyun-duyun. Jangan kata perempuan jer tau... laki pun ader. Yang beza ialah lelaki tersebut didera oleh pasangan masing-masing. 

Memang murah daripada biasa. Dah lah tu.... lepas offer.. yang ahli tambah lagi 10%. Berbaloi-baloi tu. Masa ni... dapatlah menyaksikan semangat 1 Malaysia di kalangan orang-orang perempuan ni. Yang bukan ahli tu.. teringin ler nak pinjam keahlian orang lain. Tak kira ler.. Melayu, India atau Cina. Sporting jer semua. Guna jer.. ini semua kawan saya.


Ni barang yang saya beli. Biasalah... kualiti gambar yang kurang memuaskan. Maaf.. itu bukan lipstik Body Shop. Lipstik Body Shop tak Long Lasting. Ingatnya nak le cilok lipstik Estee Lauder ke, Clinique ke, Elizabeth Arden ke... tapi harganya... boleh dapat 2/3 lipstik jenama yang lain. Mahal-mahal pun.. kat sekolah cair juga.


Ini pula minyak wangi Enchanteur yang baru. Beli dua kerana harga lebih murah. RM 44.95 untuk dua set minyak wangi yang berbau buah-buahan ini. Ingat nak bagi mak satu. Kami anak beranak memang 'hantu minyak wangi'. Tak kira siang malam.. luar atau dalam rumah.. harummm sentiasa. Yang tak bestnyer kan.. deme ni suka buat offer masa seminggu sebelum dapat gaji. Taktik jualan betul. Dah tau poket tengah kering masa ni.. masa ni lah nak buat offer sampai juling biji mata.