Taiplah guna keywords apa saja untuk google kisah di atas. Oppsss... saya bukan nak mengajar benda tak elok. Bermacam-macam jenis cerita yang bakal ditemui. Hebat penangan cikgu ni yer. Cuba google untuk cerita seks bukan cikgu. Hasil keputusan... tidaklah sehebat cikgu-cikgu. Selain artis... kisah cikgu boleh tahan aksinya.
Sejauh manakah kebenaran kisah-kisah ini? Adakah ianya nukilan hasil sebuah pengalaman atau pun daya imaginasi yang disalah gunakan? Kalau ianya sebuah kisah benar... apakah bezanya dengan kisah seks yang lain? Kalau ianya hanya sebuah imaginasi... apa yang melampau sangat sampai cikgu jadi mangsa.
Sebuah cerita menjadi lebih gempak kalau ada title cikgu didepannya. Yang menulis juga tentu mereka-mereka yang pernah mempunyai cikgu. Andai kata tulisan ditujukan kepada sekian-sekian cikgu sahaja... tidakkah mereka terfikir perasaan cikgu-cikgu yang lain pula. Pasti cikgu-cikgu sedih dan kecewa melihat hasil didik yang sebegini.
Cikgu tidak dapat mendidik sikap individu 100% tetapi cikgu juga yang sering dipersalahkan jika wujud individu yang tidak sempurna. Pelbagai kejadian yang ditunjukkan tetapi masyarakat masih tak buka mata. Yang masyarakat tidak sedar.. satu jari ditudingkan kepada cikgu-cikgu.. empat lagi pada diri sendiri.
soksek2: juga tidak sempurna