Terharu... memang terharu sangat. Ingatan dari mereka untukku memang sesuatu yang tidak dijangkakan. Apa lagi mereka ialah hero idaman Malaya tetapi hamba kini telah menjadi 'sekuntum bunga di taman larangan'. Walau ada pengawal mengawasi dan duri yang mengelilingi, mereka tetap ingin merapati. Ishhh... janganlah salah sangka pula... hubungan istimewa ini hanya terjalin dalam dunia blog ini. Sila jangan rasa jeles. Takde maknanya dua jejaka idaman Malaya nak ngorat akak yang masih mantain ni.. (ada ciri-ciri cover diri di situ).
Terima kasih atas anugerah yang diberikan. Semoga kita sama-sama maju dalam dunia blog ini dalam melahirkan apa yang terlintas dalam fikiran kita. Semoga hubungan ini turut berkekalan dan kita saling menyokong dan mengingati antara satu sama lain. Seperti irama dan lagu hasilan petikan gitar adinda yusenze dan 'kaw'nya teh tarik yang menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia bancuhan istimewa eqbalzack. SeMekar Kasih mengharapkan perhubungan ini akan mekar selamanya dan tidak hanya seperti sekuntum bunga di padang pasir.
terima kasih adinda yusenze... apa yang kekanda lakukan hanya ssecebis sokongan untukmu dan bukan bertujuan untuk mendera dengan pemberian tag yang menyesakkan. Selagi takde ikan patin di situ.. selagi itu adinda akan rasa bahananya. Agaga~
Terima kasih En. Eqbalzack. Semoga kita sama-sama tabah dalam mendidik anak bangsa dan melahirkan masyarakat yang berkualiti yang tidak hanya cemerlang dalam intelek tetapi gemilang pada sahsiah walaupun cara dan dunia kita berbeza. Jangan lupa sampaikan salam mesra saya pada Norman Hakim dan Clark Kent. Ada iras-iras di situ. Agaga~