TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, May 27, 2010

Cikgu tercekik tulang! - Tolong

Tanpa merasa bersalah meletakkan title 'cikgu' di situ. Saja nak test market. Alahhh... media masa pun kan suka guna tajuk tu untuk tarik perhatian masyarakat. Tak kurang juga ada penulisan-penulisan dalam blog yang menggunakan taktik yang sama. Lepas geram ke ni? Tidak... tidak sama sekali. Jangan pula marah dengan saya menggunakan tajuk sedemikian kerana memang ada kaitan dengan entri kali ini. Saya memang tengah perlukan bantuan...

 kat manalah agaknya melekat tulang tu.. bukan saya nampak pun..
(gambar: google)

Rasanya ramai yang pernah mengalami pengalaman ini kan? Dah lama saya tak rasa pengalaman yang mengerikan ini. Tercekik tulang! Aduhhh... dari semalam tulang ikan ni melekat kat kerongkong ni. Rasa gatal dan tidak selesa. Macam-macam cara dah saya cuba. Sampai sekarang ia masih kekal di situ. Rasanya dah tertanam kat daging dalam kerongkong ni. Kecil jer rasanya...

Orang kata bab tercekik ni jangan buat main-main. Kena pula yang jenis melekat macam kes saya ni. Mahu bernanah kalau dibiarkan. Ishhh.. ngeri rasanya membayangkan. Saya dah makan segumpal nasi panas... dah telah nasi dan air yang diisikan dalam senduk...dah minum air banyak-banyak... dah berdehem sampai tak tahu dah berapa kali.. dah cuba muntahkan pun ada walaupun orang kata bahaya. Siapa ada petua lain yang boleh membantu/ harapnya dapat berkongsi di sini dan menyelesaikan masalah yang melanda..