TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, April 29, 2010

Undang-undang mana yang ko pakai???


Asal nak pergi sekolah waktu pagi jer mesti bengang. Pepagi lagi dah mula menyakitkan hati orang deme ni. Apalah yang susah nak dihantar anak tu turun depan sekolah? Ni tidak… udah le ko berhenti kat simpang jalan. Undang-undang mana yang pakai pun tak tahu. Pastu dengan signal tak bagi. Anak pula lenggang mak kangkung, terkedek-kedek kalah itik. Ni pagilahhh.. orang nak pergi kerja.. bukan nak makan angin. Bikin berangin ajerrr.

Saya memang tak faham sikap ibu bapa yang begini. Bagi saya sikap begini memang kurang ajar dan mementingkan diri sendiri. Lagipun mak bapak begini memang tak sayang anaknya. Kenapa saya kata begitu? Yelah kan.. bila dah turun depan simpang tentulah nak menyeberangi jalan. Awak tu memang dalam kedudukan yang salah. Kena malang tak berbau… tiba-tiba muncul kereta langgar anak tu… menyesal tak sudah nanti.

Saya pun boleh jer nak buat kurang ajar kalau nak. Lintas jer depan kereta tu pastu berhenti block kereta tu konon-konon nak beli nasi lemak yang ader kat tepi jalan tu. Rasanya.. kalau saya buat… mahu bergaduh kat situ. Orang lain punya salah nampak jer kan… sendiri punya salah buat-buat tak tahu. Perangai macam ni dah dapat mengambarkan perangai individu tersebut. Tak hairanlah kalau anaknyer sendiri kurang ajar dengan gurunya. Mak bapak kurang ajar dengan masyarakat. Mana tumpahnyer kuah kalau tak ke nasi.