TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, April 29, 2010

Saya tak mahu jadi pembunuh walaupun situasi saya berbeza dengan kes itu

GeraMmm... memang gerammmm sesangat! Kamu juga mungkin berperasaan gerammm yang serupa bila berada dalam situasi saya. Macam takde tempat lain nak kumpul sampah tu. Saya tak marah kalau memang selalunya pekerja DBI meletakkan sampah itu di situ. Masalahnyer... bila saya cuti... tempatnya bukan di situ. Bila saya kerja... ader jer orang yang memandaikan nak kumpul sampah dan letakkan di hadapan rumah saya.

Pastu kalau ikat elok-elok dalam plastik tak kisahlah sangat. Ni main campak-campak sesuka rasa. Bertabur sana-sini. Pekerja DBI bukan nak kutip sampai yang berterabur. Kalau tak sapu... alamat boleh makan bertahun-tahun di situ. Memang nampak sangatlahkan tak berhati perutnya. Lori bukan lalu arah yang sama. Kalau kamu tidak suka orang lain kumpul sampah depan rumah kamu... itu juga perasaan saya jika kamu buat begitu.

Benda nie dah banyak kali berulang. Dulu... bila saya bising-bising tengah jalan tu eloklah sekejap. La nii buat balik. Diaorang ingat saya tak tahu. Hendak-hendak saya balik awal daripada biasa atau lori DBI ambil lewat dari waktu asalnya... maka kebusukan pun terserlahlah. Puncanya hanya satu... bila seorang dah mula kumpul disitu... yang lain akan ikut sama. Takpe-takpe.. jangan sampai saya hantar balik sampah yang ader kat rumah masing-masing. Harapnyer kes saya tak menjadi seperti INI walaupun dengan situasi yang berbeza.

bayangkan bila dengan perasaan penat baru balik dari tempat kerja dan tengok kat depan rumah sampah berlonggok seperti ini.. tak rasa sakit hati ke?