TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, April 29, 2010

Teringin nak pakai seluar ketat bawah pusat

Hehehe... tajuk cari makan. Tak pernahnyer memendam cita-cita seperti itu. Kalau ader.. dari zaman remaja dulu dah pakai dahhh. Masa tu kan badan masih ramping sebelum menjadi maggi yang mengembang (kata PAKLONG). Proses diet terpaksa saya hentikan bila diri disahkan berbadan dua. Terus terang cerita... setelah berdiet selama lebih kurang kurang dua bulan... berat badan saya telah turun sebanyak 8kg! 8kg dalam masa 2 bulan adalah jumlah yang banyak bagi saya. Memang teruja sangat. Selama ni.. shusahhh hati jer naik alat penimbang tu. Asyik-asyik statik jer. Minggu pertama berdiet memang tiada nampak perubahan. Setelah masuk sebulan... macam tak percaya bila melihat jarum penimbang tu bertukar arah pergerakannyer ke kiri. Turunlah tuuu...

 bila berdiet tu biarlah dengan niat yang baik seperti nak jaga kesihatan ke... nak jaga penampilan dengan cara yang betul ke.. bukan diet sebab geram dengan pakai baju atau seluar yang fit-fit..
(gambar google)

Berdiet ni memang kena banyak sabar. Nak hasil serta merta jangan haraplah. Lebih elok turun sikit-sikit dari mendadak. Nak mantain pun senang. Pemakanan memang kena jaga. Tak boleh harap ubat diet sahaja. Senaman juga penting. Setakat jogging okeylah kiranyer kalau tak dapat pergi Gym macam En. Ben kita. Jus diet yang saya gunakan memang mengurangkan selera makan dan kita tak rasa lapar tapi masih bertenaga. Saya taklah ikut sangat peraturan yang diberi. Kalau ikut peraturan 2 bungkus sehari. Tak mampu pula nak sara. Buat peraturan sendiri tapi masih tak jauh dengan jadual yang diberi. Nak tahu ke jus apa yang saya guna? Bukan nak promote... tapi berkongsi kebaikan yang diperolehi. Kalau nak tahu... sila klik SINI