TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, April 29, 2010

Canggih-canggih pun ader keburukannyer...

Masalah ke masa helah benda nieee. Kalau pengunjung di sini sakit jiwa tak boleh komen... saya lagiii sakit jiwa sebab tak dapat terima komen. Huhuhu... Sabo jelah. Masalah dijangka berlarutan hingga 2 Mei nanti. Harap-harapnyer sebelum 2 Mei ni... masalah komen mengomen ni settle. Melalui kiriman email yang saya terima... intense debate juga mempunyai masalah teknikal dalam pelayarnya. Jadi... tunggu jelah 2 Mei ni... kalau tak settle juga.. terpaksalah mengambil tindakan drastik.

Sayang nak buang intense debate ni. Sayangkan komen-komen dari anda semua. Kenapa saya pasang intense debate? Kenapa tak ruangan komen jenis biasa atau comment disquss ke? Saya suka balas komen orang.. jadi kalau guna komen biasa.. pengunjung tak mengetahui balasan komen saya melainkan dia berkunjung semula ke entri tersebut. Saya kenal intense debate terlebih dahulu sebelum mengetahi wujudnya jenis komen yang lain seperti comment disquss. Nak wat camne... dah terlajak pasang. Redha je lahhh...

Kalau lihat blog ini bertukar wajah janganlah terkejut pula. Dalam proses pengubahsuaian lah tu. Buat sementara ni... walau apapun masalah.. saya tetap guna intense debate ni. Ini kerana pemilihan untuk para pemenang CONTEST MATEMATIKOMEN pula dibuat. Mungkin mengambil masa yang lama. Kalau saya buang intense debate... hilanglah komen para peserta. Haru kalau gitu.

Kepada pengunjung blog ini... saya harap anda tidak kecewa di atas masalah yang berlaku. Saya memerlukan sokongan daripada anda. Terima kasih kerana masih sudi pengunjung walaupun rasa sakit hati dengan masalah yang berlaku. Masalah dalam dunia internet. Canggih-canggih pun ader keburukannyer...