TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, April 29, 2010

CONTEST MATEMATIKOMEN - Berakhir awal dari tarikhnyer... masih ada masa untuk sertai sebelum 1159 malam Jumaat nanti

Setelah berfikir masak-masak maka saya selaku penganjur CONTEST MATEMATIKOMEN dengan ini menetapkan bahawa pertandingan ini bakal ditamatkan sebulan awal dari tarikh tutup yang pernah dinyatakan. Bukanlah saya kecewa contest ini kurang sambutan malah sambutan yang diterima boleh tahan. Memikirkan keadaan diri yang tidak beberapa mengizinkan menyebabkan saya mengambil keputusan ini. Terima kasih untuk mereka yang menyertai secara langsung atau tidak langsung. Setiap komen yang diberi di dalam entri dalam label 'belajar matematik' akan saya terima sebagai penyertaan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya tidak mengumumkan hadiah yang bakal diberi. Sebenarnya... bukanlah hendak berahsia sangat tapi kekurangan teknologi untuk menyiarkan gambar hadiah di sini. Hari ini saya akan memaklumkan hadiah bakal dimenagi oleh pemenang -pemenang CONTEST MATEMATIKOMEN.


- Sebuah Buku Ilmiah yang bernilai RM50++

- Sebuah rak hiasan kayu bercorak Inggeris bernilai RM50++

- Satu set hamper 'Pil Peningkatan Minda' yang bernilai RM50++

- Barang hiasan (nilai belum ditentukan oleh sponsor 1) - Insyaallah bernilai RM50++ juga

- Barang hiasan (nilai belum ditentukan oleh sponsor 2) - Insyaallah bernilai RM50++ juga

- 3 hadiah saguhati 

Bagi yang belum menyertai CONTEST MATEMATIKOMEN ini... anda masih berpeluang untuk menyertainya. Jom sertai sebelum terlambat. Klik SINI untuk sertai.